Saturday, September 28, 2013

Berapa banyak saya harus minum Intra setiap hari?

Orang dewasa = kalau sihat 30cc sehari. Biasanya, ramai yang memilih 2 kali sehari.

Dicadangkan = 60cc - 90cc pagi & malam untuk 1 bulan pertama dan bolehlah dikurangkan bagi bulan-bulan seterusnya jika sudah sihat.

Bagi orang tua, pengidap sakit jantung & kanak-kanak berumur kurang 5 tahun sukatan haruslah dikawal dengan lebih rendah, contohnya 15cc untuk selama 2 hari sambil memerhatikan reaksi pada tubuh badan. Selepas itu bolehlah ditambahkan mengikut sukatan di atas.

Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil lebih daripada 9 sukatan sehari kerana ianya akan hanya membazirkan penggunaannya.

Bilakah waktu terbaik untuk minum Intra?

Waktu PAGI dan SEBELUM TIDUR MALAM ketika perut kosong. Jika anda baru makan, jarakkan minum Intra selepas 1/2 jam. Jika anda merasa mengantuk setelah meminumnya di pagi hari, anda boleh meminumnya pada malam hari.

Friday, September 27, 2013

Adakah Intra sesuai/boleh diminum oleh setiap orang?

YA. Bayi, budak, orang dewasa, orang tua, wanita hamil, wanita yang menyusukan dan mereka yang sedang dirawat doktor boleh mengambil Intra sebab ianya dibuat daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi. Malahan juga pengidap diabetis; walaupun Intra terasa manis, bagi setiap 30cc hanya mengandungi 4 gram =< 16 kalori Hidrat Arang dalam bentuk fruktosa, bukan glukosa. Intra adalah minuman HALAL yang juga boleh diminum teh atau minuman ringan yang lain.

Mereka yang sedang mengambil ubat doktor, anda dinasihatkan tetap mengambil ubat-ubatan tersebut walaupun meminum Intra pada waktu yang sama kerana Intra bukanlah pengganti ubat, tetapi ianya hanyalah minuman kesihatan tambahan bagi memulih semua sistem tubuh agar berfungsi dengan efektif. Pengambilan ubat boleh dihentikan jika anda telah benar-benar sihat.

Thursday, September 26, 2013

MENGAPA kita harus minum Intra?

Intra telah diciptakan berdasarkan TEORI PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM, CINA & gabungan dari lain-lain negara di seluruh dunia yang berfungsi untuk menyeimbangkan kerja organ-organ tubuh agar kita sentiasa & kelihatan SIHAT. Boleh dikatakan Intra adalah gabungan kepakaran ilmu Timur dengan kemajuan teknologi Barat.

Menurut teori ini, kita akan dapat sihat apabila organ-organ kita dapat berfungsi dengan betul dan seimbang. Jika salah satu bahagian organ tubuh lemah; organ tubuh lainnya akan terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk menyeimbangkannya. Sehingga pada suatu tahap, organ ini akan menjadi terlalu lemah lalu timbullah pula penyakit-penyakit lain.

Keseimbangan kerja organ-organ tubuh badan kita boleh terganggu oleh beberapa sebab. Contohnya akibat daripada tekanan batin, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minuman alkohol berlebihan, memakan ubat-ubatan secara terus menerus, disebabkan oleh keadaan hidup yang tercemar serta pola makan yang tidak sihat.

Intra mengandungi berbagai khasiat terhasil daripada campuran 23 jenis herba tradisional yang terbukti SESUAI digunakan selama berabad-abad lamanya oleh berbagai kaum / suku bangsa di seluruh dunia demi untuk memelihara kesihatan mereka.

Sel-sel aktif yang berkhasiat diekstrak dengan teknologi Barat yang canggih dalam makmal moden. Ia tidak boleh didapati dari makanan yang kita makan hari-hari. Bahan berkhasiat istimewa berupa sel-sel aktif terdiri daripada lignans, flavonoids, polysaccharides, triterpenoids, sterois, glycosides dan trace minerals. Kesemua bahan-bahan ini telah terbukti secara ilmiah sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia.

Intra juga mengandungi zat-zat antioksidan / anti racun yang sangat baik untuk melindungi tubuh badan kita daripada jangkitan / kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas dalam darah serta mempertingkatkan metabolisme, memperkuatkan daya pertahanan tubuh badan kita.